Thursday, 30 March 2017

HIBURAN MELAMPAU


Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.


ISU DAN PUNCA
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Salah satu faktor penting yangmenyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.
Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain…


KESAN
Kesan yang kurang baik ialah :

1. Sikap pentingkan kemewahan.


2. Peningkatan kes jenayah.


3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.


4. Terapan nilai nilai negatif.


5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi

6. Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia

7. Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.


8.Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.


9. Golongan remaja dan belia semakin jauh dari
pada nilai-nilaikeagamaan.


10. Maruah keluarga tergadai




CARA MENGATASI

1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.


2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.


3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.


4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.


5, Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.


6. Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.


7. Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani.


8. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.


9. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.


10. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.


11. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.




KESIMPULAN
Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam memdidik anak anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.

Sunday, 19 March 2017

KHURAFAT DALAM FILEM







                Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.



Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.


Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, ” Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). ” Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.


Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat ancak.


HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT


Islam sangat menitikberatkan soal-soal aqidah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, Hadis, Ijma’ dan qiyas adalah ditolak oleh Islam, Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sesiapa yang mengerjakan pekerjaan (mengadakan-adakan) yang tiada di dalam agama kami, maka yang dikerjakan itu tertolak.”
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)


Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selain daripada-Nya bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Antaranya firman Allah Ta’ala:


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ ۚ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ ۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ


Makasudnya: “Katakanlah (kepada mereka) “kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang apa yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu: atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu? katakanlah lagi: cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memiliharaku): kepada-Nyalah henyaknya berserah (bertawakal) orang-orang yang mahu berserah diri”.
(Surah az-Zumar: 38)


Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah daripada Allah. Allah yang menyebabkan segala-galanya. Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, bukannya atas lintasan burung atau ramalan, sial seseorang individu dan sebagainya yang terdapat didalam amalan khurafat. Dalam satu riwayat daripada Ibn mas’ud Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Menyadarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan (orang-orang yang beriman) sahaja dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakal”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)


Sabda Baginda lagi:
“Nukan daripada golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau menilik nasib atau minta ditilikkan atau minta disihirkan."

(Hadis riwayat ath-Thabarani)


Semua penjelasan daripada ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulallah s.a.w di atas memperlihatkan konsep baik dan buruk hanya daripada Allah s.w.t sahaja yang mengatur segala-galanya,bukan ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku didalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagian dan kecelakaan manusia.



CIRI-CIRI KHURAFAT


1. Tidak berdasarkan pada nas-nas syarak ( al-Quran atau hadis Nabi s.a.w)


2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut


3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.


4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya


5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah


BENTUK-BENTUK AMALAN KHURAFAT

§ Kepercayaan kepada keramat seperti makan, kubur, pokok, kayu, bukit dan haiwan tertentu.


§ Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat mandi safar, adat mandi membuang sial.


§ Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar dan adat semah pantai


§ Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk tertentu seperti adat memuja semangat padi, bersemah dan membuang ancak ke sungai dan laut.


§ Kepercayaan kepada petanda dan berpantang larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala.


§ Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang kekubur yang dianggap wali atau melakukan upacara menghadirkan roh.


ISU KHURAFAT DALAM FILEM


1. Filem “Hantu Bonceng” yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel deapn hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.


2. Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnyapada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk “Ustaz bukan penghakau hantu: Tangguangjawab sebenar pendaknah dalam filem seram perlu diperbetul”. Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa “pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata”. Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hatntu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam”.


3. Terdapat satu babak dalam filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap seksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti digambarkan.





CARA PENYELESAIAN MASALAH KHURAFAT YANG BERLELUASA

1. Bagi mengatasi amalan khurafat, kita haruslah memulakan dengan pengukuhan institusi pendidikan (tarbiyah) iaitu dengan memberi pendidikan islam secara meluas kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan yang dimaksudkan perlu berjalan secara formal iaitu melalui kelas-kelas pengajian atau tidak formal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat. Peranan mendidik ini perlu dipikul oleh badan-badan kerajaan, bukan badan kerajaan dan masyarakat yang berkelayakan dan berkemampuan.


2. Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar berperanan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa adalah menghapuskan tempat atau lokasi yang dijadikan kawasan permujaan, mengawasi sesuatu tempat yang dijadikan lokasi menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.


3. Para pendakwah, penceramah dan orang-orang yang berilmu perlu memberi pejelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat Islam tentang keburukan amalan khurafat dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang amalan khurafat ini yang boleh membatalkan iman seseorang. Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai amalan khurafat dalam program ajuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik JAKIM.


4. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah mengawal penerbitan filem-filem yang berunsur khurafat yang dimana boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industri perfileman dan juga kepada penonton.




Patung 'voodoo' sebagai amalan sihir yang khurafat



Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.

KATAKAN TIDAK KEPADA IKHTILAT!!!!


Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kali ini InsyaAllah kami ingin berkongsi akan 1 artikel yang dirasakan menarik untuk kita renungkan dan ambil teladan Ins
yaAllah.. 
Remaja di Malaysia merupakan golongan yang berumur 18 tahun hingga 21 tahun. Seperti yang kita ketahui, ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘janganlah kamu hampiri zina.’

Jelas diyatakan kalau menghampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah HARAM.

Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Pada mulanya takut untuk melakukannya, namun apabila telah mencuba dengan sekali, dan keinginan untuk melakukannya kali kedua dan seterusnya juga tinggi, maka terjadilah pergaulan tanpa batasan dan pelbagai kesan akan kita temui seperti pembuangan anak luar nikah. Semua itu dorongan daripada syaitan.

Contoh yang dapat kami berikan adalah pergaulan bebas antara para remaja lelaki dan perempuan masa kini sehingga terlupa bahawa mereka dilahirkan ke dunia adalah sebagai seorang muslim. Kes- kes maksiat seperti pembuangan bayi, menyukai sesama jantina, berzina, dan lain-lain telah menjadi salah satu budaya dalam negara kita, Malaysia. Oleh yang demikian, kami telah mengambil inisiatif untuk menggariskan dan menekankan berkaitan dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan agar dapat menjadi panduan dan tauladan kepada kami dan juga rakan-rakan yang lain dalam usaha menjadi mahasiswa cemerlang.

Kali ini kami tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian. Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :



· Menundukkan pandangan

· Pertemuan antara lelaki dan perempuan

· Percakapan yang ada tujuan dan tidak melunakkan suara

· Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis




1. Menundukkan pandangan




Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan.



ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)



2. Pertemuan antara lelaki dan perempuan


Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.

Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.

Sebagai contohnya, seorang lelaki dan seorang perempuan berada dalam keadaan berdua-duaan ditempat yang gelap dan sunyi, pastinya akan menimbulkan satu perasaan yang boleh meningkatkan nafsu syahwat masing-masing.



Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)



3. Percakapan yang ada tujuan dan tidak melunakkan suara


Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.

Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja. Bercakap mestilah sesuatu yang tidak menimbulkan sebarang perasaan antara lelaki dan perempuan.

Seorang perempuan juga dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)




4. Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis



Bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh bersentuhan antara satu sama lain, ianya adalah Dosa. Walaubagaimanapun sentuhan tersebut, jika ia dilaksanakan dengan sengaja, maka berdosa si pelakunya dan haram. Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya juga adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)

Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.

Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah S.W.T.



Tuntasnya, setiap masalah itu ada jalan dan cara yang boleh kita laksanakan untuk atasi masalah-masalah seperti pergaulan bebas ini agar tidak berlarutan dan dapat dibendung. Justeru, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka sebaik-baiknya kerana jika aktiviti pergaulan secara bebas tidak dibendung, pastinya masalah yang lagi besar akan menimpa individu, masyarakat dan juga negara. Oleh itu, dinyatakan disini mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan agar golongan remaja dapat faham dan mengambil tindakan yang bijak dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak terjebak dengan kancah seperti pergaulan bebas ini yang mana adalah haram dan boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH S.W.T.

JIRAN MEMBAWA BERKAT





Dalam Islam, jiran terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :


Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh [3] dan teman sejawat, ibnu sabil[4] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.


Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.

Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.

Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.


Jenis Jiran
1. Jiran Muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan
2. Jiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
3. Jiran Bukan Islam


Hak Jiran
1. Hak sebagai seorang muslim.
2. Hak sebagai seorang jiran.
3. Hak sebagai kerabat.


Contoh jiran membawa berkat.


Sebagai jiran, kita perlu sentiasa wujudkan suasana yang mesra dengan cara bersuai kenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memulakan sesi pengenalan. Salah satu caranya adalah dengan memulakan salam dan maniskan wajah jika bertemu dengan sesama Muslim atau mengeluarkan kata-kata yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

Jangan sesekali menyakiti mereka sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk. Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan memutuskan hubungan silaturrahim dengan insan lain. Kita mestilah melahirkan perasaan kasih sayang kepada mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memahami kehidupan mereka selagi tidak bertentangan dengan Syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

Jika mereka mempunyai maslah kita perlulah menunjukkan rasa simpati dan berusaha dan mengambil berat tidak kira masalah yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab. Jangan sesekali memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.

Jiran yang baik akan sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan, meyakiti dan merosakan serta mencemarkan maruah diri dan jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi. Mengambil berat terhadap jiran tidak salah tetapi elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya. Sentiasa menghulurkan bantuan jika mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agarmereka mengetahui betapa pentingnya kehidupan berjiran.

Jiran merupakan orang yang tedekat dengan kita jika kita memerlukan bantuan dengan cepat. Kita perlu menghargai jiran supaya jiran menyenangi dengan kehadiran kita sebagai jiran. Jika kita menjaga hubungan baik dengan jiran, kehidupan kita dan di sekeliling kita akan dipenuhi kedamaian dan hubungan sesama jiran akan bertambah erat.


Apabila berbaik sesama manusia di muka bumi ini, maka kehidupan kita akan diberkati allah s.w.t dan akan persekitaran kita sentiasa dalam keadaan tenang, damai dan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Apabila masyarakat bersatu padu maka secara tak langsung negara kita akan maju dan ekonomi kita akan bertambah baik.

Hidup berjiran dapat meringankan beban bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Membantu antara satu sama lain tidak kira dalam apa jua bentuk pertolongan sekalipun.

KHAZANAH PERPADUAN KAUM

Keindahan Malaysia yang mempunyai berbilang kaum yang menjadi khazanah tanah air.


            Perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literature, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitive pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, system kuota dan perkara-perkara stereotype.

            Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga boleh membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum.


Firman Allah: (maksudnya) “ Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.(Surah AL-Hujurat: 13).


Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatic keturunan.

Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini:  Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, Negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.

Peristiwa hitam negara akibat perkauman yang diingati selamanya sebagai "13 MEI".


           Isu-isu yang pernah membawa kepada pergaduhan antara kaum ini adalah peristiwa 13 Mei 1969. Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah Negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan Negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagl memperolehi majority 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969 itu.

           Secara kesimpulannya, peristiwa 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan Negara dan bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah Negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Peristiwa 13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tragedi berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia. Tetapi, pada masa kini, kita rakyat Malaysia seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah menfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang. Ini kerana mereka lupa sejarah iaitu sejarah hitam 13 Mei 1969. Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat Negara mengingatinya dengan harapan kita tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak patut kita lupakan buat selamanya kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai dan cuai. Kita seharusnya berbangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama antara pelbagai kaum ini, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran Negara. Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman dan hormat-menghormati.

Kesejahteraan negara bermulanya dengan perpaduan kaum.

100 BUDAYA PERAYAAN, 1 MALAYSIA!

Budaya perayaan bangsa majmuk di Malaysia


              Integrasi budaya dalam perayaan merupakan proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Integrasi budaya di Malaysia bermatlamatkan mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk dalam wilayah yang berkenaan. Seterusnya, mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan perhubungan dan interaksi supaya wujud persefahaman antara penduduk dan suku kaum yang ada dan mewujudkan identiti bersama. Menurut kamus dewan edisi ke-4 budaya membawa takrifan cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.


Nilai kebudayaan ini termasuklah menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta perayaan kebesaran Islam yang lain bagi masyarakat Melayu. Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Hari Krismas dan Opera Cina bagi masyarakat cina. Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yang beragama Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh bagi masyarakat India. Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti Hari Gawai dan Pesta Menuai atau Tadau Keamatan bagi etnik Sabah dan Sarawak.


Kepelbagaian bukan sahaja dari kepercayaan, keturunan, agama, etnik dan warna kulit mahupun sebarang latar belakang tetapi kebudayaan yang bermacam-macam juga menjadikan Malaysia seringkali dicemburui dan diiktiraf sebagai yang kompleks, rencam dan majmuk. Dalam kebanyakan negara, ia menjadi satu liabiliti dengan permusuhan yang berlarutan sehingga membawa konflik dan peperangan sedangkan di Malaysia kepelbagaian adalah kekuatan dan ia juga dimuatkan dengan usaha berterusan berinteraksi, integrasi memupuk semangat persahabatan dan ukhuwah yang berlaku di istana, Seri Perdana, rumah pembesar negeri dan rumah sendiri.


Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.



ntara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan ziarah-menziarahi. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri) mereka akan kunjung-mengunjungi ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau

Pada asasnya, Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya.


Perayaan dapat terus disambut sebegini kerana adanya kestabilan dan asas sebenar kepada hubungan antara etnik adalah kestabilan dalam negara yang membolehkan masyarakat hidup muhibbah dan rukun walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran terutama dalam konteks mempertahankan apa yang sudah kita miliki selama ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang bergelut mencari keamanan, gah dan boleh mengamalkan konsep ‘ziarah’dan ‘kunjung’ serta ‘lawat’.


Budaya-budaya ini begitu mahsyur dalam negara kita, hal ini kerana negara ini mempunyai pelbagai etnik yang mengamalkan perayaan mengikut adat resam mereka. Menurut akhbar Utusan Borneo, perayaan hari gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.



Perayaan Deepavali dikenali sebagai Perayaan Cahaya.



Tarian Singa yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina.


Budaya Tahun Baru cina merupakan adat dan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat cina semasa Tahun Baru cina seperti memberi angpau kepada kanak-kanak, berkumpul untuk hidangan malam pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan sebagainya. (Wyne Loke (2002) Utusan Malaysia


Terdapat lebih kurang 15 perayaan agama hindu di Malaysia. namun skop perayaan yang terkenal ialah Deepavali dan Thaipusam. Hal ini kerana perayaan-perayaan tersebut merupakan perayaan yang terkenal dan sinonim dengan perayaan agama lain di Malaysia. (Kuala lumpur: fajar 1994)


sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai bahasa, agama dan kepercayaan, serta budaya yang berlainan. dengan adanya pelbagai perayaan yang unik dan pelbagai di Malaysia ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, namun mereka gagal untuk mencapai tahap perpaduan seperti kita kecapi hari ini. Malah rakyat negara berkenaan saling membangkitkan isu perkauman yang kuat antara satu sama lain.


Di samping itu, apabila tiba musim perayaan, pelbagai pihak atau agensi baik dari jabatan kerajaan mahupun persendirian akan menganjurkan acara yang dikenali sebagai rumah terbuka Aidilfitri merupakan salah satu majlis rumah terbuka terbesar yang diadakan saban tahun. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah berkesan dalam usaha mewujudkan perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat di negara ini. Penganjuran acara atau majlis seumpama itu juga dapat memberi peluang kepada kaum lain mengenali budaya serta adat resam kaum yang merayakan perayaan tersebut dengan mengamalkan budaya kunjung-mengunjungi rumah-rumah terbuka. Oleh yang demikian, penganjuran majlis seperti ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang agar sambutan perayaan dapat terus dijadikan sebagai salah satu medium untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia


Kesimpulannya, kepelbagaian perayaan yang disambut di negara kita yang boleh dikatakan sebagai khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini bukanlah suatu kekangan tetapi suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan ini boleh dijadikan satu medium atau inisiatif bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain walaupun perbezaan kaum. Hal ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian masyarakat.

PRIHATIN KAH KITA????




Definisi keprihatinan ialah kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu, terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam. Seperti negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan Negara. Selain itu, mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sebagai contoh , sbg jiran kita terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok.
Manakala definisi bagi sosial pula ialah sering dikaitkan dengan hal-hal yang berhubungan dengan manusia dalam masyarakat, seperti kehidupan kaum miskin di kota, kehidupan kaum berada, kehidupan nelayan dan seterusnya. Dan juga sering diartikan sebagai suatu sifat yang mengarah pada rasa empati terhadap kehidupan manusia sehingga memunculkan sifat tolong menolong, membantu dari yang kuat terhadap yang lemah, mengalah terhadap orang lain, sehingga sering dikataka sebagai mempunyai jiwa sosial yang tinggi. Pelajar ialah golongan berpelajaran yang merupakan sebahagian anggota masyarakat dan, sesetengahnya, bakal mewarisi kepemimpinan dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat. Untuk itu mereka perlu memahami masyarakatnya. Memahami masyarakat bererti memahami keadaan, keperluan dan aspirasi (cita-cita) mereka. Tanpa kefahaman ini bagaimana mungkin pelajar menjadi anggota dan pemimpin masyarakat kelak? Keprihatinan (kepedulian) dan penglibatan pelajar dalam hal-hal kemasyarakatan penting dibincangkan kerana beberapa faktor berikutnya.Pertama , kefahaman dan kesedaran tentang masyarakat tidak datang (atau cukup) hanya melalui bacaan, perbincangan di bilik/dewan kuliah, atau penyelidikan (tanpa melibatkan interaksi dengan masyarakat) sahaja. Semua itu penting dan membantu, tetapi ia juga memerlukan suatu bentuk penglibatan pelajar secara konkrit di lapangan.Dalam kata lain, pelajar perlu “turun padang”, mengerjakan sesuatu yang berfaedah bersama-sama komuniti atau masyarakat. Cara ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih memahami, masyarakatnya. Bagi pelajar, penglibatan dalam kerja kemasyarakatan, disebabkan ia suatu tindakan (action) yang menggunakan pelbagai deria, memungkinkan pembelajaran berlaku secara yang lebih berkesan.Penglibatan bersama masyarakat dalam sesuatu kegiatan juga membantu pelajar mengetahui dan sedar akan keadaan sebenar (real) masyarakatnya, bukan sekadar gambaran atau naratif (cerita) oleh orang lain. Sebaik-baiknya pengalaman ini tidak suatu kegiatan ad hoc tanpa perancangan yang rapi dan tindakan susulan jangka panjang.Selain itu, sudah semestinya melalui kegiatan seperti ini pelajar diberi sepenuh peluang dan galakan untuk merancang, membuat persiapan, melaksanakan dan menilai program yang dijalankan. Ini juga menjamin proses pembelajaran yang lebih bererti bagi pelajar.Kedua, keprihatinan dan penglibatan pelajar ini juga berkait rapat dengan raison d’ etre(sebab atau justifikasi kewujudan) universiti atau pusat-pusat pengajian tinggi itu sendiri. Ini kerana universiti sebagai pusat ilmu seharusnya berfungsi dan menyumbang kepada masyarakatnya. Universiti bukan menara gading yang harus bersikap “tidak ambil pusing” atau berkecuali terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat.Keprihatinan dan penglibatan pelajar (dan juga kalangan pensyarah serta pentadbiran universiti) dalam hal-hal kepentingan masyarakat bererti pelajar dan universiti memahami dan peka akan peranan mereka yang sepatutnya.Dalam hal ini kita kerap mendengar persoalan peranan atau misi universiti dibangkitkan oleh pelbagai pihak (sila baca catatan saya di laman web ini, Roh Universiti). Ramai yang mengakui bahawa universiti perlu menjadi lebih relevan kepada masyarakat, namun tidak ramai yang menterjemahkan kata-kata mereka dalam tindakan-tindakan konkrit bagi menggalakkan pelajar agar prihatin atau mengambil berat tentang keadaan dan masa depan masyarakat. Alasan atau mesej mereka agak standard: tugas pelajar untuk belajar, lulus peperiksaan dengan cemerlang, dan kemudian berkhidmatlah kepada masyarakat”.Memang tidak dinafikan belajar itu tugas utama pelajar. Tetapi, mengambil kira tujuan kewujudan universiti di atas, apakah belajar itu tidak termasuk mengetahui dan memahami tentang masyarakat serta hal-hal lain yang berkaitan kepentingan masyarakat? Tanpa pendedahan di lapangan dan kefahaman tentang masyarakat bagaimanakah keprihatinan serta tindakan membantu masyarakat dalam kalangan pelajar dapat dijanakan sebaik dan seberkesannya?


Mengapa harus menangguhkan pembelajaran dan pemahaman tersebut sehingga pelajar bergraduat dan bekerja nanti?



Menunggu sehingga pelajar bergraduat dengan pencapaian akademik yang cemerlang tidak semestinya menjamin perkhidmatan dan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Dalam banyak pengalaman kita, ramai lepasan universiti yang lebih mementingkan kedudukan dan kesenangan mereka dan suku-sakat mereka sahaja, manakala hal-hal kemasyarakatan, jikapun ada, lebih suatu kebetulan atau tugas rasmi kepejabatan (pekerjaan bergaji).
Mengapa ia tidak ditekankan sekarang sebagai suatu komponen pengajian yang asas dan penting, di samping memperlihatkan komitmen kepada misi universiti di atas?

Di sini tidak dinafikan bahawa program-program seperti “khidmat komuniti”, atau “bakti siswa”, serta penawaran aktiviti-aktiviti kokurikulum dalam bidang-bidang berkenaan seperti yang dilaksanakan oleh universiti-universiti sekarang memang suatu usaha yang baik dan membantu ke arah itu, tetapi ia sangat terbatas untuk mencapai kesedaran dan keprihatinan yang dimaksudkan.....Seperti dibayangkan tadi, program dan aktiviti yang diadakan setakat ini kebanyakannya lebih sebagai “memenuhi syarat” dan masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki, khususnya dalam aspek-aspek perancangan dan proses kerja (yang seharusnya lebih sistematik), komitmen pentadbiran, sikap dan peranan komuniti sasaran (sejauh mana mereka diberi kefahaman tentang rasionel dan tujuan program serta penglibatan mereka?), penilaian keberkesanan (yang seharusnya merangkumi semua mereka yang terlibat). Sesetengah program/aktiviti ini juga dilihat dan dianggap (oleh pelbagai pihak) sebagai suatu kegiatan ringan dan “suka-sukaan”.Ini mudah difahami kerana nilai rendah yang diletakkan kepada aspek-aspek kemasyarakatan oleh sistem pengajian kita. Pensyarah, pelajar dan pentadbir juga rata-ratanya cenderung melihat “khidmat masyarakat” sebagai suatu aktiviti riadah (rekreasi) dengan konotosi sampingan atau picisan. Sikap ini barangkali terjelma dari ideologi dan sistem pengajian yang meletakkan premium tinggi kepada kehendak pasaran (baca bisnes, industri, sektor korporat) dan melihat (kepentingan) masyarakat ramai sebagai “kelas kedua” yang dipercayai (seperti dalam debat ekonomi pembangunan 1960-1970-an dahulu) akan turut menikmati “kesan titisan ke bawah” (trickle-down effect) hasil kemajuan pasaran nanti....Keadaan ini tentu berpotensi menimbulkan konflik dalam peranan dan misi universiti. Di satu pihak universiti diperingatkan tentang raison d’ etre kewujudannya di tengah-tengah masyarakat, sedangkan di satu pihak lain, kehendak pasaran dicanangkan sebagai keutamaan yang tidak harus dikompromikan.Memang tidak mudah menangani permasalahan ini (malahan banyak pihak yang tidakpun melihat ini sebagai suatu permasalahan!). Bagi yang sedar dan atau memihak masyarakat luas, suatu usaha berterusan dan persistent perlu dilakukan untuk mengetengahkan perkara ini kepada pelbagai pihak yang menentukan dan melaksanakan sistem pengajian kita. Kepada mereka yang sudahpun tercelikkan (enlightened) dan cuba mendekatkan pelajar dengan masyarakat, maka sokongan dan kerjasama padu dalam aneka bentuk yang lebih kreatif mesti diberikan. Pokoknya, mereka -- sama ada di pihak pemerintah dan ataupun kepemimpinan universiti sendiri – tidak seharusnya merelegasikan (merendahkan/ membelakangkan) kepentingan masyarakat yang mengandung dan melahirkan universiti itu sepertimana halnya dengan Kerajaan dan bisnes yang juga tidak terasas dan berkembang tanpa masyarakat.
Ketiga, sehubungan di atas, keprihatinan dan seterusnya sumbangan kepada masyarakat merupakan suatu bentuk goodwill dan tindakan timbal balik (reciprocal) universiti terhadap masyarakat yang menyumbang kepada kewujudan dan pembangunannya. Bagi kalangan pelajar dan pensyarah, ia suatu penghargaan kepada masyarakat yang memberi segala peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran dan kemudiannya menjadi orang-orang previleged di dalam masyarakat, dan bukannya bersikap kacang yang lupakan kulit.


Ujian musim tengkujuh ini, benar-benar menguji takat kesabaran mangsa banjir, sekali gus membuktikan keprihatinan golongan berkemampuan. Musibah banjir turut merosakkan tanaman, kematian ternakan, kemusnahan harta benda dan juga kehilangan nyawa. Kelantan adalah antara negeri yang terjejas teruk dan pastinya, mengambil masa untuk pulih kembali. Boleh dikatakan semua kedai tidak beroperasi sepanjang banjir berlaku. Keadaan ini menyebabkan mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan terputus hubungan untuk membeli barang makanan. Alhamdulillah, kesulitan mereka mendapat perhatian pihak lain sehingga mereka sanggup menghantar bantuan barang makanan ke rumah mangsa yang terperangkap dengan banjir. Antara barangan keperluan asas yang dibekalkan kepada mangsa banjir ialah beras, sardin, gula, tepung, telur, biskut, ubat nyamuk, minyak masak dan bahan minuman. Selain itu, kain selimut, kain pelekat, kain batik, pakaian dalam dan tuala wanita turut dibekalkan.
Bencana banjir turut membuktikan keprihatinan masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan sikap saling membantu tanpa mengira status, batas agama dan kaum. Malah sifat mulia ini turut dipamerkan syarikat korporat di sektor swasta. Pun begitu, tanggungjawab kerajaan amat besar bagi membaik pulih kemudahan awam seperti sekolah, pejabat dan jalan raya yang membabitkan jutaan ringgit. Bagaimanapun rakyat negara ini bersyukur kerana tidak ramai yang menjadi korban banjir musim kali ini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah keperitan yang terpaksa ditanggung mangsa-mangsa banjir dek kemusnahan harta benda, malah ramai daripada mereka yang tinggal sehelai sepinggang.



Daripada huraian ringkas di atas, pelajar (dan institusi pengajian tinggi) seharusnya dididik serta digalakkan agar prihatin dan berusaha mengidentifikasikan diri dengan masyarakat luas. Untuk berkesan maka proses didikan ini perlu menggabungkan unsur-unsur teori dan amalan yang sistematik. Hal-hal kemasyarakatan tidak lagi harus dilihat sebagai perkara kecil dalam kurikulum akademik dan pembangunan pelajar, sebaliknya menjadi suatu komponen penting yang malah termaktub sebagai misi, polisi dan objektif universiti. Begitu juga masyarakat tidak sepatutnya dilayan sebagai “warganegara kelas dua” sedangkan pasaran (kepentingan bisnes/industri) dilihat dan diberikan layanan istimewa seolah-olah sebagai “warganegara terpilih”. Kita mungkin dapat menghuraikan perkara ini di kesempatan lain, tetapi di sini memadai disebut bahawa menghormati dan menjaga kepentingan masyarakat ramai (dan bukan sebaliknya) merupakan suatu nilai utama demokrasi.




KERANA FITNAH, PAHALA AMALAN BINASA!!!

       


             FITNAH ialah menyiarkan sesuatu berita tanpa kebenaran dengan bertujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang dan bagi pemfitnah tersebut pula ianya adalah untuk memudahkan dirinya bagi mencapai segala cita-citanya. Pada era teknologi dan globalisasi ini penyebaran fitnah menjadi berleluasa dan ianya mudah untuk disampaikan dengan adanya teknologi canggih seperti komputer, telefon dan pelbagai gajet lagi. Penyebaran fitnah masa kini lebih tertumpu pada penyebaran fitnah di laman sosial yang mana tujuan utama penfitnah adalah untuk menjatuhkan seseorang, memperoleh pangkat dan tidak terkecuali untuk melariskan artikelnya semata-mata untuk mencapai tontonan tertinggi. Perbuatan fitnah ini adalah perbuatan yang tercela yang mana Allah S.W.T telah menjanjikan azab yang pedih kepada mereka yang menyebarkan fitnah.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Buruj:10 :
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”.


Siapakah yang akan terlibat dengan dosa besar fitnah?

1. Individu yang mula-mula mencipta dan merancangan berita fitnah itu dengan diubah suai gambar-gambar palsu dan dimuatkan dalam internet
2. Semua akhbar yang memuatkan dalam akhbar mereka tanpa usul periksa di petik daripada laman sosial dan membenarkan berita-berita atau gambar-gambar berupa fitnah tersebut.
3. Sesiapa sahaja yang ‘share’ dan ‘like’ dan mempercayai dan menyebarkan pula berita fitnah tersebut kepada rakan-rakan mereka dalam facebook atau blog.
4. Semua saluran televison yang menyiarkan berita fitnah dan membesar-besarkannya seolah-olah perkara tersebut benar-benar berlaku tanpa membawa saksi dan bahan bukti yang sahih.
5. Semua NGO , kelab, persatuan, pemimpin parti politik , pemimpin masyarakat, bekas pemimpin negara, pensyarah, wartawan, penulis blog dan artis yang menyokong dan memberi komen negatif tanpa membawa saksi yang adil terhadap berita fitnah terutama yang melibatkan tuduhan zina atau liwath maka mereka semuanya akan mendapat saham DOSA BESAR . Sia-sia sahaja amal soleh dan amal ibadah mereka di dunia kerana seronok mempromosikan berita fitnah dan tuduhan jahat . Termasuk juga individu yang hebat memperkatakan Islam dan pakar motivasi tetapi tewas dengan hasutan syaitan mudah mempercayai fitnah dan tuduhan zina dan liwath kepada seorang muslim tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Setakat dakwaan tidak cukup untuk disabitkan kesalahan seseorang muslim.

Adalah menjadi sesuatu yang janggal apabila golongan berpendidikan tinggi juga turut tidak terkecuali menjadi penyebar fitnah bahkan golongan inilah yang lebih memanipulasi sikap buruk menyebarkan fitnah. Kebanyakkan daripada mereka menyebarkan fitnah hanya semata-mata untuk mengejar pangkat dan harta dunia yang mana hanya bersifat sementara. Hal ini terjadi kerana mereka lupa akan kehidupan selepas mati dan azab yang akan Allah S.W.T timpakan pada mereka di hari pengadilan kelak. Pada usia muda mereka, mereka hanya lebih mementingkan ilmu dunia. Akibatnya, ianya menyebabkan mereka jahil akan ilmu agama yang menyebabkan mereka terperosot kelembah kedustaan.
Oleh yang demikian, bagi mereka yang menerima berita yang disampaikan orang lain ianya perlulah dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran sepatutnya menjadikan kita tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang bertujuan untuk memburuk-burukkan orang lain. Sikap menyebarkan fitnah bukanlah sunnah yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
Rasulullah SAW mengingatkan kita melalui sabda Baginda: “Orang Mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor (maki-hamun).” (Riwayat Ibnu Mas'ud)

Penyebaran fitnah bukan sahaja dari segi penulisan atau komen, penyebaran fitnah juga boleh berlaku dalam bentuk gambar dan juga video. Fitnah sebegini pernah terjadi kepada ahli politik dan artis tanah air. Akibat daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini, ianya telah menyebabkan mangsa fitnah tersebut sukar mendapat perkerjaan. Sebagai contoh golongan artis mereka perlu menerima pelawaan syarikat produksi untuk menjalankan setiap rakaman. Akibat daripada virus fitnah ini syarikat produksi tidak berani mengambil risiko kerugian jika mereka mengaji artis yang terlibat dengan skandal fitnah. Adalah lebih parah apabila mangsa fitnah itu sendiri terpaksa menerima hukuman sebat dan penjara akibat daripada virus fitnah tersebut.

Sejarah Islam telah menunjukkan bukti yang nyata di mana tiga khalifah Islam menjadi korban fitnah menyebabkan Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib terbunuh.

Keadaan yang berlaku hari ini menampakkan kegagalan masyarakat memikirkan kesan daripada perbuatan mereka terhadap orang lain. Ia juga memperlihatkan kejahilan mereka mengenai ajaran Islam yang melarang menyakiti saudara kerana umat Islam sepatutnya menyayangi saudara sebagaimana dia menyayangi dirinya.

Kebebasan bersuara serta hak asasi yang diperjuangkan selama ini juga menjadikan perbuatan menfitnah, membuat dakwaan palsu sebagai suatu yang boleh diterima atau tidak salah. Undang-undang juga gagal mengekang kumpulan yang sering mengamalkan fitnah secara terang-terangan.


Ketahuilah duri fitnah ini amat berbahaya dan menyakitkan. Ianya merosakkan persaudaraan, meruntuhkan institusi keluarga dan masyarakat. Bermula dengan fitnahlah hubungan adik-beradik, suami isteri, jiran tentangga dan sebagainya hancur dan mengakibatkan permusuhan yang berkekalan. Oleh yang demikian kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati, adil dan bertanggungjawab walaupun berhadapan dengan musuh bagi mengekang virus fitnah ini daripada meresapi ke dalam diri kita sendiri.


jAUHI FITNAH!

kKesimpulannya, fitnah bukan sahaja membawa kepada keburukan dalam kehidupan bermasyarakat, malah ianya merupakan dosa besar yang mana si penyebar fitnah perlu memohon maaf kepada mangsa fitnah andai ingin dosanya diampunkan. Pembuat dan penyebar fitnah disifatkan sebagai golongan yang keji. Oleh itu kita sebagai manusia yang waras, setiap informasi yang diterima dan ingin disampaikan perlulah diperhalusi dan diselidik kesahihannya agar tidak mejadi fitnah dalam kalangan masyarakat. Akhir sekali, kita perlulah sentiasa mengamalkan adab-adab Islam ketika berkomunikasi bagi mengekang virus fitnah ini daripada menular ke dalam diri.


Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda.” Nabi s.a.w seterusnya bersabda: “Sebenarnya orang yang muflis
daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka.”)