Sunday, 19 March 2017

JIRAN MEMBAWA BERKAT





Dalam Islam, jiran terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :


Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh [3] dan teman sejawat, ibnu sabil[4] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.


Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.

Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.

Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.


Jenis Jiran
1. Jiran Muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan
2. Jiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
3. Jiran Bukan Islam


Hak Jiran
1. Hak sebagai seorang muslim.
2. Hak sebagai seorang jiran.
3. Hak sebagai kerabat.


Contoh jiran membawa berkat.


Sebagai jiran, kita perlu sentiasa wujudkan suasana yang mesra dengan cara bersuai kenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memulakan sesi pengenalan. Salah satu caranya adalah dengan memulakan salam dan maniskan wajah jika bertemu dengan sesama Muslim atau mengeluarkan kata-kata yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

Jangan sesekali menyakiti mereka sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk. Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan memutuskan hubungan silaturrahim dengan insan lain. Kita mestilah melahirkan perasaan kasih sayang kepada mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memahami kehidupan mereka selagi tidak bertentangan dengan Syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

Jika mereka mempunyai maslah kita perlulah menunjukkan rasa simpati dan berusaha dan mengambil berat tidak kira masalah yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab. Jangan sesekali memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.

Jiran yang baik akan sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan, meyakiti dan merosakan serta mencemarkan maruah diri dan jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi. Mengambil berat terhadap jiran tidak salah tetapi elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya. Sentiasa menghulurkan bantuan jika mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agarmereka mengetahui betapa pentingnya kehidupan berjiran.

Jiran merupakan orang yang tedekat dengan kita jika kita memerlukan bantuan dengan cepat. Kita perlu menghargai jiran supaya jiran menyenangi dengan kehadiran kita sebagai jiran. Jika kita menjaga hubungan baik dengan jiran, kehidupan kita dan di sekeliling kita akan dipenuhi kedamaian dan hubungan sesama jiran akan bertambah erat.


Apabila berbaik sesama manusia di muka bumi ini, maka kehidupan kita akan diberkati allah s.w.t dan akan persekitaran kita sentiasa dalam keadaan tenang, damai dan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Apabila masyarakat bersatu padu maka secara tak langsung negara kita akan maju dan ekonomi kita akan bertambah baik.

Hidup berjiran dapat meringankan beban bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Membantu antara satu sama lain tidak kira dalam apa jua bentuk pertolongan sekalipun.

No comments:

Post a Comment