Sunday, 19 March 2017

PROFIL MAJALAH AN-NAJJAH



AN-NAJJAH menuju kejayaan haqiqi dan abadi.


LOGO MAJALAH AN-NAJJAH (MENUJU KEJAYAAN HAQIQI & ABADI)





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ،َأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.، أَمَّا بَعْدُ؛

Segala puji-pujian dan setinggi-tinggi syukur kami panjatkan ke hadrat ilahi Rabbi, atas karunia-Nya, kami sama-sama berkumpul dalam rangka thalabul ilmi mencari ilmu sehingga berjaya menghasilkan sebuah Majalah Dalam Talian (Online) bagi memenuhi kehendak tugasan yang diberikan oleh guru mulia kami.


Tidak dilupakan semoga shalawat serta salam sentiasa tercurah kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada keluarganya, sahabatnya, para tabi'in, tabiut tabiahum, kepada kita semua serta kepada seluruh umatnya hingga akhir zaman yang menjadikan sebagai uswatun hasanah, suri tauladan yang baik.


Jutaan penghargaan kami sampaikan kepada guru mulia kami, PUAN SALINA BINTI MAT SEHOR selaku pensyarah kursus DUA6022 (Komunikasi dan Penyiaran Islam) yang telah mencurahkan segala ilmu dan bimbingan yang tidak terhingga sehingga kami mampu menjayakan sebuah majalah online Islamik ini. Tanpa guru kami, siapalah kami.

Antara ahli-ahli kumpulan yang bekerjasama menjayakan majalah AN-NAJJAH ialah:
1) NUR AISHAH BINTI ABDUL MANAN (10DIB14F1003)
2) AYU MASTURA BINTI AZIZAN (10DIB14F1025)
3) SITI HANIZA BINTI HASSAN (10DIB14F1055)
4) ANASHAFINA BINTI ZULKUFLI (10DIB14F1021)
5) SITI NUR MUNIRAH BINTI MAT AHIR (10DIB14F1017)
6) NURUL SYAZWANI BINTI MOHAMAD RAFFLI (10DIB14F1035)
7) SITI NURAFIQAH BINTI ROZLAN (10DIB14F1061)
8) NUR SHAMEERA HANIM BINTI ZAINI (10DIB14F1019)
9) SITI MASTURA BINTI MOHD ISMAIL (10DIB14F1015)
10) NURUL HARISAH BINTI HASHIM (10DIB14F1039)


AN-NAJJAH merupakah sebuah majalah online Islamik yang berkonsepkan kejayaan. Majalah AN-NAJJAH menyeru kepada kejayaan haqiqi dan abadi. Kami mempaparkan artikel-artikel yang dapat memberi kesedaran berkenaan isu-isu yang menular di kalangan ummah sehingga mampu menarik setiap umat Islam yang membacanya menuju ke arah kejayaan haqiqi dan abadi iaitu AN-NAJJAH AD-DUNYA WAL AKHIRAH. Mudah-mudaham setiap titisan ilmu dari penulisan majalah AN-NAJJAH ini mampu membuahkan pahala bagi kita.
a semua boleh menjadi penghapus dosa dan dengan mengamalkannya dapat menjadi pengangkat darjat di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 





Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kemenangan di dalam Al Quran kepada seluruh umat Muhammad SAW yang beriman dan beramal shaleh sebagaimana dalam Q.S An Nur: 55

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (Q.S. An Nur: 55)



Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment