
Maksud khurafat menurut Kamus Bahasa Arab ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta ( al Mujam al Wasit). Manakala menurut Kamus Dewan ialah kepercayaan karut yang di ada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Pegertian khurafat dari segi Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, konsep prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada seseorang. Padahal semua itu merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, ” Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai). ” Amalan khurafat juga berkait rapat dengan perkara-perkara ghaib setiap kepercayaan, perlakuan di ikuti dengan perkara ghaib. Mempercayai perkara ghaib adalah salah satu perkara yang termasuk dalam iman. Namun demikian, amalan khurafat ini mengalir pergantungan manusia kepada Allah s.a.w kepada makhluk yang mana menjadi salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam.
Khurafat terbahagi kepada dua iaitu khurafat yang tidak merosakkan akidah seperti dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam, tidak berkaitan dengan ketuhanan. Manakala khurafat yang merosakkan akidah iaitu melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, bersemah dan membuat ancak.
HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT
Islam sangat menitikberatkan soal-soal aqidah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, Hadis, Ijma’ dan qiyas adalah ditolak oleh Islam, Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
”Sesiapa yang mengerjakan pekerjaan (mengadakan-adakan) yang tiada di dalam agama kami, maka yang dikerjakan itu tertolak.”
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selain daripada-Nya bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Antaranya firman Allah Ta’ala:
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ ۚ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ ۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
Makasudnya: “Katakanlah (kepada mereka) “kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang apa yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu: atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu? katakanlah lagi: cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memiliharaku): kepada-Nyalah henyaknya berserah (bertawakal) orang-orang yang mahu berserah diri”.
(Surah az-Zumar: 38)
Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah daripada Allah. Allah yang menyebabkan segala-galanya. Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, bukannya atas lintasan burung atau ramalan, sial seseorang individu dan sebagainya yang terdapat didalam amalan khurafat. Dalam satu riwayat daripada Ibn mas’ud Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Menyadarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan (orang-orang yang beriman) sahaja dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakal”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)
Sabda Baginda lagi:
“Nukan daripada golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau menilik nasib atau minta ditilikkan atau minta disihirkan."
(Hadis riwayat ath-Thabarani)
Semua penjelasan daripada ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulallah s.a.w di atas memperlihatkan konsep baik dan buruk hanya daripada Allah s.w.t sahaja yang mengatur segala-galanya,bukan ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku didalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagian dan kecelakaan manusia.
CIRI-CIRI KHURAFAT
1. Tidak berdasarkan pada nas-nas syarak ( al-Quran atau hadis Nabi s.a.w)
2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut
3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya
5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah
BENTUK-BENTUK AMALAN KHURAFAT
§ Kepercayaan kepada keramat seperti makan, kubur, pokok, kayu, bukit dan haiwan tertentu.§ Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat mandi safar, adat mandi membuang sial.
§ Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar dan adat semah pantai
§ Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk tertentu seperti adat memuja semangat padi, bersemah dan membuang ancak ke sungai dan laut.
§ Kepercayaan kepada petanda dan berpantang larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala.
§ Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang kekubur yang dianggap wali atau melakukan upacara menghadirkan roh.
ISU KHURAFAT DALAM FILEM
2. Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnyapada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk “Ustaz bukan penghakau hantu: Tangguangjawab sebenar pendaknah dalam filem seram perlu diperbetul”. Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa “pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata”. Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hatntu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam”.
3. Terdapat satu babak dalam filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap seksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti digambarkan.

CARA PENYELESAIAN MASALAH KHURAFAT YANG BERLELUASA
1. Bagi mengatasi amalan khurafat, kita haruslah memulakan dengan pengukuhan institusi pendidikan (tarbiyah) iaitu dengan memberi pendidikan islam secara meluas kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan yang dimaksudkan perlu berjalan secara formal iaitu melalui kelas-kelas pengajian atau tidak formal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat. Peranan mendidik ini perlu dipikul oleh badan-badan kerajaan, bukan badan kerajaan dan masyarakat yang berkelayakan dan berkemampuan.2. Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar berperanan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa adalah menghapuskan tempat atau lokasi yang dijadikan kawasan permujaan, mengawasi sesuatu tempat yang dijadikan lokasi menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.
3. Para pendakwah, penceramah dan orang-orang yang berilmu perlu memberi pejelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat Islam tentang keburukan amalan khurafat dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang amalan khurafat ini yang boleh membatalkan iman seseorang. Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai amalan khurafat dalam program ajuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik JAKIM.
4. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah mengawal penerbitan filem-filem yang berunsur khurafat yang dimana boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industri perfileman dan juga kepada penonton.
![]() |
Patung 'voodoo' sebagai amalan sihir yang khurafat |
Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
No comments:
Post a Comment